Saturday, June 30, 2012

Kenangan jual kuih.

A'kum and good afternoon everyone. Panas sungguh cuaca kat Boone in North Carolina sekarang nie. 89F. Dah sama panas dengan Malaysia. Kalau kat Las Vegas, tempat kak Joyah Vegas, suhu nyer lebih kureng 110F. Mat saleh mat saleh yang baring tepi pool or pantai sunbathing tuh, in 5 minutes, masing masing rupa macam lobster rebus! 

Teringat masa saya muda remaja dulu. I was born in KL tapi when I was like 3 years old, bapa saya dulu was stationed kat Seremban, bekerja dengan Kastam. So, dari Standard 1 sampai ler Form 5, saya bersekolah di Convent Seremban. Bapak saya dulu pangkat pegawai biasa sajer. So gaji tak seberapa and bagi membantu my father, my mother jual kuih muih kat depan rumah. My father pi kerja pukul 6.30am tapi pukul 4.00am, both my parents dah bangun mula memasak. Telah menjadi kebiasaan saya bila pulang dari sekolah jam 1.00pm, saya akan terus menjamah makanan tengahari yang disediakan and selesai sahaja makan, saya akan terus menolong ibu saya menggoreng karipai. kueh keria, popia goreng, kuih bom, kuih cucur badak dan kuih udang. Kuali untuk menggoreng tersangat lah besar. Bila menggoreng, saya selalu risau kalau tergelincir dan termasuk dalam kuali! Punyalah panas bahang dari minyak panas dalam kuali, tak cukup dengan bahang cuaca panas.

Setiap hari, dari hari Isnin hingga hari Jumaat, saya ada tusyen class dari jam 3.00petang hingga 6.00petang. Kadang-kadang leka menolong ibu menggoreng, saya hampir terbabas keluar rumah lambat untuk ke kelas tusyen. Satu hari, saya menggoreng dalam keaddan gelojoh kerana sudah lambat hendak ke tusyen dan tanpa sengaja, saya tersimbah keseluruh tangan kiri saya dengan minyak panas mengelegak waktu menggoreng karipap. Mengelupur saya menjerit kesakitan. Jam menunjukkan lagi 10 minit hampir jam 3.00pm. It will take me at least 10-15 minutes walking to reach my tuition class. I was determined that I must not missed this class. Penat ibu bapa saya bayar untuk kelas tution saya. I must go to the class. So, dengan tangan yang bengkak dan merah dan melecur, saya kuatkan hati berjalan ke kelas tuition saya. Saya sapu tangan saya dengan marjerin supaya tidak terus membengkak. Saya masih ingat lagi ketika berjalan ke kelas tuition, berlinang air mata saya kerana sakit di tangan akibat simbahan minyak panas itu.

Begitulah aktiviti harian saya selama 8-9 tahun. Pulang dari sekolah, saya akan menolong ibu menggoreng kuih. Balik sajer dari tuition, saya akan menolong ibu mengemas dapur. Bapa saya juga membantu ibu saya bila bapa pulang dari kerja. Kemudian saya akan belajar di waktu malam selama 3 jam. Pada hari Sabtu dan Ahad, saya akan menolong ibu dan bapa sepenuh masa di dapur membuat kuih muih. Kadang-kadang pada hari Sabtu atau Ahad, waktu menolong ibu menjual kuih di depan rumah, timbul juga rasa malu bila kawan2 sekolah singgah di gerai membeli kuih. Tetapi, saya tepiskan perasaan itu bila melihat ibu dan bapa bersusah payah bekerja untuk membayar wang untuk pelajaran kami akan kami (saya dan adik saya) mendapat guru tuition yang terbaik di Seremban. Kerana duit jualan ibu jugalah, kedua -dua ibu bapa saya dapat mengerjakan ibadah Haji mereka di pertengahan tahun 19080an. Syukur alhamdulilah. Alhamdulilahh berkat doa ibu bapa saya, walaupun terpaksa menjual kuih, saya berjaya menperolehi pangkat 1 dalam SPM dan berjaya mendapat bantuan JPA untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika in the early 1990s.

Pesanan saya pada anak-anak muda sekarang. Hargailah pergorbanan ibu bapa kita. Dalam dunia ini, friends come and go. Even husbands and spouses also come and go. We can only plan tapi Allah lebih mengetahui. Tapi kasih sayang yang kekal abadi dan tidak hilang berganti adalah kasih sayang ibu bapa kita. 


With Love
Mrs. B

1 comment:

  1. Salam Kak Marina, tangan yg tersimbah minyak panas tu berparut teruk tak? kena percikan jer pun dah mengelupur. inikan pula tersimbah..huhuhu xboleh saya bayangkan sakit mcm mana hanya tuhan yg tahu..

    ReplyDelete