Friday, June 29, 2012

Hari Jumaat and Filem Melayu

Salam sejahtera all my fellow Malaysians, wherever you are. Today is my favourite day, hari Jumaat. Memang dari saya kecik lagi sampai lah sekarang, tak tahu why hari Jumaat is just my fav day, maybe because of the following.

Masa saya kecik kecik dulu, agak agak dalam umur 13++ years old, saya cukup tak sabar nak pulang dari sekolah pada setiap petang Jumaat. Saya sekolah tengahari. Habis dalam jam 6.00pm. My father jemput saya dari sekolah and sampai rumah lebih kureng jam 7.00pm, right before waktu Maghrib. Sampai jer rumah, terus makan malam and terus mandi. Masa tuh, tepat 8.00pm, berita ke udara di televisyen. Waktu tu, saya cukup tak suker tengok berita. Rasa dragging sangat nak tunggu berita habis. Al maklum lah, tiap tiap malam Jumaat jam 8.30pm, akan ke udara filem Melayu di tv! Tiap tiap minggu, lain lain cerita Melayu nyer.

Kalau minggu nie filem 'Ibu Mertuaku' (with P Ramlee), then minggu depan filem 'Bukan Salah Ibu Mengandung' (with the ever handsome Ed Osmera!). Oh Abg Ed! Wa heart you! Then, the following Friday, another one of my fav actor plak keluar tv, abg Jins Samsuddin! Oh Abg Jins, wa double heart you! My fav movie of him was Jeffrey Zain (ala ala James Bond malaya masa tuh! kalah Daniel Craig!). Chomei nyer abg Jins masa muda muda. My favorite heroin pulak was Latifah Omar, dengan tahi lalat manis di bibir nyer itew. Tergoda mak tengok! Another heroin yang i so love was Zaitun. Somehow I am not really a big fan of Sarimah, though her beauty is so flawless. Kadang-kadang tv pun tunjuk lots of filem komedi like Keluarga Si Comot (with Ibrahim Pendek, another one of my all time fav comedy), or some Indonesian movies with Benjamin S. Lawak bangat dong!

So, now that I am here living in the States, I still have that kinda same feeling each Friday night. Though tv kat sini tak tunjuk filem filem Melayu, i make it a point to watch some ole goodies on youtube, especially movie-movie P Ramlee. Somehow I do not want that feeling of "tak sabar nak tengok filem Melayu" disappear. I want to cherish that feeling i had when I was in my younger days.

So, tonight I am gonna watch an ole movie called Tuan Badul (with AR Badul). Time for some gelak ketawa! Syok nyer kalu ada keropok lekor di cicah bersama sambal pedas with ayaq tebu! Sib baik ada kerepek pedas yang kak Joyah Vegas made for me from Vegas! Boleh minum ngan teh o! Thank you kak JV! Wa heart you too!

With Love,
Mrs. B

2 comments:

  1. Perempuan Melayu yg anggun, jv membesor tak der tv, hari jumaat tak de kelass mengaji, so tak der chan nak mencuri tgk tv rumah jiran, mak kunchi pintu tak kasi keluar rumah after 5 pm. kesian kan?

    ReplyDelete
  2. hari jumaat masa dolu2 saya tunggu citer hindi waktu t/hari. time tu rumah tadak tv lg.. p la dok dekat bendul rumah org tumpang tengok tv jiran..bila dah ada tv sendiri, malam jumaat kena mengalah ngan mak. mak nak dengar forum perdana. dia paksa kami adik beradik dengar sekali ilmu agama katanya dia nak mengajar sendiri x pandai. bila dah ada mcm ni, dengar. tu bebel mak sambil suruh cabut uban dia..nostalgia sungguh.

    ReplyDelete