Saturday, June 30, 2012

Assamualaikum and salam sejahtera...

Wahhh.... sedihnya cerita kak JV dgn kak Marina. Now it is my turn to write something sedih jugak, haha. Well, saya dilahirkan dalam keluarga sederhana yg ramai adik beradik, 10 orang. So tanggungjawab adik2 diletakkan di bahu saya. Saya ni ada tahi lalat besar kat bahu nih. Orang kata nak tanggung beban. Betul kot....sampailah sekarang.

Masa lepas saya graduate kat Drexel Univ dulu, saya terus plan nak keja sini. Main reason is nak bantu family. Tapi cost of living memang tinggi jugak. Setiap hari saya bawak bekal ke ofis. Bawak nasi masak sendiri, pastu perangatkan dalam microwave kat ofis. Kadang2 saya bawak roti sardin. Terkejut jugak bila dengar budak2 sekolah zaman sekarang spent RM5 sehari nak makan kat kantin sekolah. Budak2 sekarang tak ramai bawak bekal ke sekolah....maybe sebab family diaorang dah kaya raya ataupun malu nak bawak bekal ke sekolah. From what I've seen, kebanyakan mat salleh atau mak itam kat sini, 95% bawak bekal ke ofis atau sekolah. Kat sini takder perasaan malu nak berjimat cermat.

So, walaupun ada keja tetap, saya terpaksa fikir nak buat keja part time. Balik rumah dari ofis takkan nak mengangkang tengok TV sebelum tidur. Dari dulu saya minat photography and videography, cuma tak tahu camna nak start bisness ni. So saya belajar dari adik beradik & kawan2 saya yang ambik course Art & Design nih. 

Mula2 nak start buat wedding kat sini saya memang gabra, sebab tak tahu camna nak buat, equipment apa nak beli, camna nak adapt to culture diaorang, adab resam diaorang, so kena study betul2 before starting this business. Saya ingat lagik masa saya ambik wedding videography yang first sekali in 2007, sorang makcik itam ni hire saya. Maybe dia hire saya becoz I put the lowest price among the competitors, murah jer saya charge - sejam USD 100. Banyak service kat sini charge sampai sejam USD 300. Makcik tu ajak saya buat meeting nak discuss kenduri kawin dia dengan dia sampai 3 kali, sedangkan bayar sikit jer, tapi plan macam nak rak. Pastu hari dia kawin, wedding dia sampai 6 jam, tapi dia bayar cuma untuk 3 jam. Memang bengkek gak masa tu tapi sabarjerlah, kita kan baru nak start. Tahan jer karenah customer.

Lepas tu saya naikkan sikit minimum hours required bagi dapat client yg sanggup bayar. Banyak keje nak film and edit video nih, bercekang mata malam2....saya selalu tidur lambat setiap malam sampai jam 2-3 pagi. Kadang2 tu computer buat hal...lagik ler tension. Sekarang ni saya dah start wedding photography pulak. Basically my life everyday is keje kat ofis waktu siang, balik rumah edit video or picture orang kawin. Kadang2 tu dapat banyak offer kenduri...I pernah dapat offer 15 weddings in a year. The best part is when there are repeat customer, bila ada good review dari previous client, ramai ler kawan2 dan adik beradik dia nak hire saya. Memang letih...but I always think like this, masa muda2 ni la nak keja kuat2, bila dah tua sakit2 nanti dah tak boleh nak buat apa. 

Baru2 ni I baru balik dari Las Vegas and North Carolina to shoot Malaysian Mixed Marriages pilot program. Mula2 ingatkan nak film ajer, last2 I kena jadik host. Seronok jugak jadik host nih. It built my confidence really well in front of the camera. Dulu masa kecik2 I memang ada teringin nak jadik pembaca berita atau pengacara TV. Masa kat sekolah dulu I selalu masuk bahas, pidato, pantun...tapi taktau camna boleh tersesat ke dunia finance nih. Kadang2 I terfikir kalau I salah ambik course masa kat university dulu. Nak buat camna kan...thats what paid my bills, maybe who knows in the future I can have my dream job in different field.

I don't have time for leisure or personal life. Maybe bila dah umur 40 or 45 nanti baru nak fikir. Sekarang muda lagi...I tak keluar malam2 macam orang lain. Tapi kadang2 bengkek jugak bila kawan2 mat or minah salleh telefon pukul 2 pagi mintak drive diaorang ke rumah sebab diaorang mabuk2 and tak boleh nak drive. I was known as a great "designated driver" among my drunken friends. Dulu I buat, tapi bila dah menjadik2 tu I turned off my phone sebelum tidur. Buang masa aku ja.

My prinsip hidup kalau nak berjaya, kita kena bekerja keras kalau nak mencapai cita2 and jangan nak membebankan orang. Jangan berhutang atau pinjam benda orang untuk kepuasan diri sendiri. Kalau tak mampu, jangan beli atau paksa diri untuk membeli. Kalau tak perlu, jangan beli. Distinguish between your needs and your wants. Jangan habiskan usia muda dengan benda2 yang tak berfaedah atau terlalu mengikut nafsu. Biar saja orang nak kata apa2 to you, as long as you are happy with yourself.

That's all for now. Until next time...sorry yer kalau my story tak sehebat kak Marina or kak JV :-)  - by K.A

No comments:

Post a Comment