Saturday, June 30, 2012

Assamualaikum and salam sejahtera...

Wahhh.... sedihnya cerita kak JV dgn kak Marina. Now it is my turn to write something sedih jugak, haha. Well, saya dilahirkan dalam keluarga sederhana yg ramai adik beradik, 10 orang. So tanggungjawab adik2 diletakkan di bahu saya. Saya ni ada tahi lalat besar kat bahu nih. Orang kata nak tanggung beban. Betul kot....sampailah sekarang.

Masa lepas saya graduate kat Drexel Univ dulu, saya terus plan nak keja sini. Main reason is nak bantu family. Tapi cost of living memang tinggi jugak. Setiap hari saya bawak bekal ke ofis. Bawak nasi masak sendiri, pastu perangatkan dalam microwave kat ofis. Kadang2 saya bawak roti sardin. Terkejut jugak bila dengar budak2 sekolah zaman sekarang spent RM5 sehari nak makan kat kantin sekolah. Budak2 sekarang tak ramai bawak bekal ke sekolah....maybe sebab family diaorang dah kaya raya ataupun malu nak bawak bekal ke sekolah. From what I've seen, kebanyakan mat salleh atau mak itam kat sini, 95% bawak bekal ke ofis atau sekolah. Kat sini takder perasaan malu nak berjimat cermat.

So, walaupun ada keja tetap, saya terpaksa fikir nak buat keja part time. Balik rumah dari ofis takkan nak mengangkang tengok TV sebelum tidur. Dari dulu saya minat photography and videography, cuma tak tahu camna nak start bisness ni. So saya belajar dari adik beradik & kawan2 saya yang ambik course Art & Design nih. 

Mula2 nak start buat wedding kat sini saya memang gabra, sebab tak tahu camna nak buat, equipment apa nak beli, camna nak adapt to culture diaorang, adab resam diaorang, so kena study betul2 before starting this business. Saya ingat lagik masa saya ambik wedding videography yang first sekali in 2007, sorang makcik itam ni hire saya. Maybe dia hire saya becoz I put the lowest price among the competitors, murah jer saya charge - sejam USD 100. Banyak service kat sini charge sampai sejam USD 300. Makcik tu ajak saya buat meeting nak discuss kenduri kawin dia dengan dia sampai 3 kali, sedangkan bayar sikit jer, tapi plan macam nak rak. Pastu hari dia kawin, wedding dia sampai 6 jam, tapi dia bayar cuma untuk 3 jam. Memang bengkek gak masa tu tapi sabarjerlah, kita kan baru nak start. Tahan jer karenah customer.

Lepas tu saya naikkan sikit minimum hours required bagi dapat client yg sanggup bayar. Banyak keje nak film and edit video nih, bercekang mata malam2....saya selalu tidur lambat setiap malam sampai jam 2-3 pagi. Kadang2 tu computer buat hal...lagik ler tension. Sekarang ni saya dah start wedding photography pulak. Basically my life everyday is keje kat ofis waktu siang, balik rumah edit video or picture orang kawin. Kadang2 tu dapat banyak offer kenduri...I pernah dapat offer 15 weddings in a year. The best part is when there are repeat customer, bila ada good review dari previous client, ramai ler kawan2 dan adik beradik dia nak hire saya. Memang letih...but I always think like this, masa muda2 ni la nak keja kuat2, bila dah tua sakit2 nanti dah tak boleh nak buat apa. 

Baru2 ni I baru balik dari Las Vegas and North Carolina to shoot Malaysian Mixed Marriages pilot program. Mula2 ingatkan nak film ajer, last2 I kena jadik host. Seronok jugak jadik host nih. It built my confidence really well in front of the camera. Dulu masa kecik2 I memang ada teringin nak jadik pembaca berita atau pengacara TV. Masa kat sekolah dulu I selalu masuk bahas, pidato, pantun...tapi taktau camna boleh tersesat ke dunia finance nih. Kadang2 I terfikir kalau I salah ambik course masa kat university dulu. Nak buat camna kan...thats what paid my bills, maybe who knows in the future I can have my dream job in different field.

I don't have time for leisure or personal life. Maybe bila dah umur 40 or 45 nanti baru nak fikir. Sekarang muda lagi...I tak keluar malam2 macam orang lain. Tapi kadang2 bengkek jugak bila kawan2 mat or minah salleh telefon pukul 2 pagi mintak drive diaorang ke rumah sebab diaorang mabuk2 and tak boleh nak drive. I was known as a great "designated driver" among my drunken friends. Dulu I buat, tapi bila dah menjadik2 tu I turned off my phone sebelum tidur. Buang masa aku ja.

My prinsip hidup kalau nak berjaya, kita kena bekerja keras kalau nak mencapai cita2 and jangan nak membebankan orang. Jangan berhutang atau pinjam benda orang untuk kepuasan diri sendiri. Kalau tak mampu, jangan beli atau paksa diri untuk membeli. Kalau tak perlu, jangan beli. Distinguish between your needs and your wants. Jangan habiskan usia muda dengan benda2 yang tak berfaedah atau terlalu mengikut nafsu. Biar saja orang nak kata apa2 to you, as long as you are happy with yourself.

That's all for now. Until next time...sorry yer kalau my story tak sehebat kak Marina or kak JV :-)  - by K.A
4th of July around the corner, its hari kemerdekaan Amerika, just like kita punya 31 Ogos, cuma kat sini bile sambut hari merdeka selain dari perarakan , hampir semua kedai di US ni buat sale.4th of July sale,the very minimum its 40% plus addtional 25% coupon online kalau rajin and pandai cari. jv jarang bebenor shopping sepuluh tahun sekali kot, the last time beli  4 minggu lepas beli Cliniqu brg bersih muka .tu sebab nak buat project pilot tv. dah tua2 ni kan kena ler tepek2 sikit muka tu, taku lari nanti penonton yg nak tgk.kopakler juga 150 usd,1st time after 17 years tak bermekap.so tadi jv pegi ler carikan brg yg kawan baik dari Malaysia tu pesan, kawan baik ni banyak tolong jv,kalau org lain mintak tolong jv biasa kata ,dtg sini,beli sendirr, but this spesel fren, jv kena buat dgn reda, I beleive in life, ni selain dari rasa terhutang budi dgn parents, jv juga banyak terhutang budi kepada kekawan yg sanggup tolong,walaupun sedikit nasihat dan panduan.JV ni susah org nak berkawan sebab, rupa kampung , tak classy and mulut laser binti brutal,so ramai yg tak berkenan dari yg berkenan.so tadi dgn merredah cuaca panas terik jv pegi ler cari outlet utk kawan specel jv tu. dapat ler separuh brg yg di pesan walaupun tak semua. happy sebab dapat jimat 40% brg corelle. total spent on corell 600usd lebih,kalau tak seribu lebih ler juga kalau hari biasa tu.Rezeki my specel fren,lepas ni ,comes the hard part, mengepack brg2 tu kedlm kotak and mengepos, tapi tak per,kawan baik punya pasal,jv sanggup,apa laa sgt compare dgn apap yg dia tolong jv selama ni.Esok, insyAllah, jv will continue cerita masa zaman kechik2 dulu. untill then, sayonara my frens all. sekian celoteh Joyah Vegas.A'salam.

Kenangan jual kuih.

A'kum and good afternoon everyone. Panas sungguh cuaca kat Boone in North Carolina sekarang nie. 89F. Dah sama panas dengan Malaysia. Kalau kat Las Vegas, tempat kak Joyah Vegas, suhu nyer lebih kureng 110F. Mat saleh mat saleh yang baring tepi pool or pantai sunbathing tuh, in 5 minutes, masing masing rupa macam lobster rebus! 

Teringat masa saya muda remaja dulu. I was born in KL tapi when I was like 3 years old, bapa saya dulu was stationed kat Seremban, bekerja dengan Kastam. So, dari Standard 1 sampai ler Form 5, saya bersekolah di Convent Seremban. Bapak saya dulu pangkat pegawai biasa sajer. So gaji tak seberapa and bagi membantu my father, my mother jual kuih muih kat depan rumah. My father pi kerja pukul 6.30am tapi pukul 4.00am, both my parents dah bangun mula memasak. Telah menjadi kebiasaan saya bila pulang dari sekolah jam 1.00pm, saya akan terus menjamah makanan tengahari yang disediakan and selesai sahaja makan, saya akan terus menolong ibu saya menggoreng karipai. kueh keria, popia goreng, kuih bom, kuih cucur badak dan kuih udang. Kuali untuk menggoreng tersangat lah besar. Bila menggoreng, saya selalu risau kalau tergelincir dan termasuk dalam kuali! Punyalah panas bahang dari minyak panas dalam kuali, tak cukup dengan bahang cuaca panas.

Setiap hari, dari hari Isnin hingga hari Jumaat, saya ada tusyen class dari jam 3.00petang hingga 6.00petang. Kadang-kadang leka menolong ibu menggoreng, saya hampir terbabas keluar rumah lambat untuk ke kelas tusyen. Satu hari, saya menggoreng dalam keaddan gelojoh kerana sudah lambat hendak ke tusyen dan tanpa sengaja, saya tersimbah keseluruh tangan kiri saya dengan minyak panas mengelegak waktu menggoreng karipap. Mengelupur saya menjerit kesakitan. Jam menunjukkan lagi 10 minit hampir jam 3.00pm. It will take me at least 10-15 minutes walking to reach my tuition class. I was determined that I must not missed this class. Penat ibu bapa saya bayar untuk kelas tution saya. I must go to the class. So, dengan tangan yang bengkak dan merah dan melecur, saya kuatkan hati berjalan ke kelas tuition saya. Saya sapu tangan saya dengan marjerin supaya tidak terus membengkak. Saya masih ingat lagi ketika berjalan ke kelas tuition, berlinang air mata saya kerana sakit di tangan akibat simbahan minyak panas itu.

Begitulah aktiviti harian saya selama 8-9 tahun. Pulang dari sekolah, saya akan menolong ibu menggoreng kuih. Balik sajer dari tuition, saya akan menolong ibu mengemas dapur. Bapa saya juga membantu ibu saya bila bapa pulang dari kerja. Kemudian saya akan belajar di waktu malam selama 3 jam. Pada hari Sabtu dan Ahad, saya akan menolong ibu dan bapa sepenuh masa di dapur membuat kuih muih. Kadang-kadang pada hari Sabtu atau Ahad, waktu menolong ibu menjual kuih di depan rumah, timbul juga rasa malu bila kawan2 sekolah singgah di gerai membeli kuih. Tetapi, saya tepiskan perasaan itu bila melihat ibu dan bapa bersusah payah bekerja untuk membayar wang untuk pelajaran kami akan kami (saya dan adik saya) mendapat guru tuition yang terbaik di Seremban. Kerana duit jualan ibu jugalah, kedua -dua ibu bapa saya dapat mengerjakan ibadah Haji mereka di pertengahan tahun 19080an. Syukur alhamdulilah. Alhamdulilahh berkat doa ibu bapa saya, walaupun terpaksa menjual kuih, saya berjaya menperolehi pangkat 1 dalam SPM dan berjaya mendapat bantuan JPA untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika in the early 1990s.

Pesanan saya pada anak-anak muda sekarang. Hargailah pergorbanan ibu bapa kita. Dalam dunia ini, friends come and go. Even husbands and spouses also come and go. We can only plan tapi Allah lebih mengetahui. Tapi kasih sayang yang kekal abadi dan tidak hilang berganti adalah kasih sayang ibu bapa kita. 


With Love
Mrs. B
A'salam ,morning,afternoon and night to all. it Saturday and 7.34 am in Vegas, tgh siap sedia nak jirus pokok2 and kemas rumah, pegi kedai halal dan china town, both kedai is about 30 minit dari rumah saya,biasanya pegi every 6 minggu, but the last 2 months ,been going every 2 weeks, sebab this time ramai pulak tetamu yg datg dari segala pelusuk. 15/7 ada 4 Russian teenager and 5 columbian girl nak duduk rumah for 4 minggu.dia org dtg sini for Photography camp sambil belajar inggeris,yg dianjurkan ole international college. College tu bayo 500usd sebilik, jv kena sediakan breakfast and dinner,bukan buat untung pun, jv sanggup ni sebab nak tunjukan dgn anak2 erti kata sebenar berkungsi apa yg termampu,sambil berpeluang berkenalan dgn org luar.masa jv kechik2 dulu mak tak mampu nak buat benda2 mcm ni, nasib baik jv membesar ada keyakinan diri, walaupun tak der apa bekalan bila merantau dulu.masa jv mula2 tinggalkan kg, jv jadi juru jual dicount card, masa tu credit card masih tak der lagi. ingat lagi tokey dia indian guy, dia rekrut budak2 lepas SPM pegi dari rumah ke rumah jual membership ,keja sebulan jer kot, kat Johor, lepas tu jv keja kat restoran nelayan, tokey dia suka mabuk,melayu tapi tak selesa tgk melayu mabuk everyday, through salah sorang pekerja situ, jv dapat keja org gaji kat kajang. dari situ bermula laa hidup jv di rantuan , jauh dari adik beradik dan mak abah.3 1/2 years ler juga keja sebagai org gaji tu,jaga anak 3 org,buat serba serbi dlm rumah tu, not a very interesting life.dia org bayo 200rm ,semua tanggung, kira banyak masa tu sebab most org gaji dapat 100rm jer, sebab jv ada SPM, jv negotiated 200rm.jv bagi mak 80rm sebulan, the rest jv simpan bawah tilam. after 3 and 1/2 years, I felt my life did not go anywhere, unless I do something, I decided to look on for employment agencies in yellow pages.this is where jv belajo perangai manusia. masa keja org gaji tu, ada dua jiran melayu, satu UIA lecturer,satu lagi doktor..every ptg,while waiting for my boss to come home from work,we would spend 1/2 bersocialising dgn dia org,everytime my boss bercuti outstation bawak family, dia org tak bawak jv, unless they need my service as a maid, otherwise jv duduk rumah sesorang. I used that opportunity to look for a job in KL, took a cab from Kajang to the tempat interview, habis ler juga 40rm pegi balik. each time jv interview dia org mintak ref, letter,so jv tanyaler UIA letcurer and the doktor's wife if they could ask their husband to give me a ref. letter.mind you these are the people I visited and bagi makanan almost every day. their answers was, their husband tak berani bagi ref,sebab tak kenal jv ,jv mintak keja receptionist jer, bukan high post job pon,its not even a secretaryjob.but no, tak berani takut kalau jv  buat salah,dia org tak nak bertanggung jawab. what a manusia kan?.In the end,when life was so intolerable as a maid, jv mintak tolong indian nebor yg jv tak kenal, bagi surat recomandation. JV ingat lagi , jv panggil dia Uncle Tharmulingam,besor hati dia,siap volunteer hanto jv ke KL for the interview,laki bini .sayu hati org asing yg lain agama dan bangsa yg tak kenal jv, yg for 3 1'2 years cuma angguk kepala dan angkat tgn jer bila jumpa..From there jv sedor, sometimes in life org yg sesama bangsa dan agama, yg kita ingat kenal kita,tak sanggup tolong kita semata2 kita tak der apa2 ,no looks,no education,let alone harta benda, its just a rubber tappers doter and a maid, form there onward bermula ler susah hidp jv di perantuan, susah dengan erti kata sebenor..Salam to all of you my frens, celoteh Joyah!

Friday, June 29, 2012

A'salam. its Jumaat pukul 5.55 ptg, cuaca masih lagi in a tripple digits, anak2 lepak dlm bilik dgn kawan dtg for sleepover.jv tgh rebus daging nak masak lemak cili padi,sementara tunggu cuaca repudp sikit nak jirus pokok, nak kelaur beli barang dapur pun tak larat sebab keletihan kerana cuaca,budak2 komplen tak der susu, kalau ada susu takder le juga di minum banyak mana pun, adat manusia kan, kalau dah tak der tu baru tercari2,lagi dia org cari lagi ler jv malas nak beli.Teringat masa zaman kechik2 dulu, dudk dlm hutan, mak tak kasi berkawan sebab tak nak kena komplen and umpat,sebab hidup daif sesgt, the only time dapat berkawan masa kat sekolah during recess, tu pun tak der yg nak berkawan,bertolak dari rumah pukul 6 pagi, jalan kesekolah bawak bekal nasi lembik dgn sambal tumis tumbuk , bungkus dlm daun pisang,dulu tak der letrik, let alone esbok, so kena bangun pagi menumbuk cili kering,bila guna lesung menumbuk tu, tak der le lumat mana, mak selalu kata bole tampal baju sambal tumis yg jv buat, tak der ikan bilis pun, tumbuk cili kering dgn garam jantan and bawang besor, tumis letak pak aji and letak air asam jawa. bole le cekik, tak ler sesedap mana pun, but when you did not know any better, what you had was the best actually.then goreng ikan kering pari, itu ler bekal gi sekolah sampai ler ptg, mlm tu, kekadang ada dinner ,but most of the time tidur without makan mlm pun.jv ingat lagi kalau perut kosong susah nak tidur, so every friday night mak selalu cerita hantu, jv duduk rumah 4 tiang, satu bantal kungsi 2 beradik,mak beli guni tepung gandum,masukan baju noreh yg buruk2 tu sebagai isi bantal, nak beli kelambu tak mampu,gebor kita org guni tepung gandum tu yg dah bukak dan di cantum, dulu hidup di hutan sejuk, minyak bole beku bila bangun pagi,so dlm rumah tu cuma ada satu gerobok, 2 gebo guni, 4 bantal , 4 dulang besor,dua periiok and satu cerek air, tak mampu beli pinggan, semuak makan dlm dulang kungsi ramai, bila jiran nak kenduri,dia org dtg ler pinjam dulang dgn periuk, tapi tak jemput pun kita org,rumah tu atap separuh rumbia,separuh plastik, bila bulan mengambang tidur terlentang atas lantai,nampak ler burung hantu,mcm merennug kita org,so bila mak cerita hantu mlm jumaat tu ,dengo ngn mata tertutp sampai ler tertidur,bila ada rezeki, sometime dapat ler makan tahu goreng ngn garam for dinner bu for most of the time tidur dgn perut berkeroncong,I have never stop bersyukur terhadap rezeki yg di bagi from kechik sampai ler sekrg ni, life is truly a blessing my frens!. tkaseh pada semua yg sudi baca celoteh Joyah,till we meet again. Joyah Vegas.Asalam.

Hari Jumaat and Filem Melayu

Salam sejahtera all my fellow Malaysians, wherever you are. Today is my favourite day, hari Jumaat. Memang dari saya kecik lagi sampai lah sekarang, tak tahu why hari Jumaat is just my fav day, maybe because of the following.

Masa saya kecik kecik dulu, agak agak dalam umur 13++ years old, saya cukup tak sabar nak pulang dari sekolah pada setiap petang Jumaat. Saya sekolah tengahari. Habis dalam jam 6.00pm. My father jemput saya dari sekolah and sampai rumah lebih kureng jam 7.00pm, right before waktu Maghrib. Sampai jer rumah, terus makan malam and terus mandi. Masa tuh, tepat 8.00pm, berita ke udara di televisyen. Waktu tu, saya cukup tak suker tengok berita. Rasa dragging sangat nak tunggu berita habis. Al maklum lah, tiap tiap malam Jumaat jam 8.30pm, akan ke udara filem Melayu di tv! Tiap tiap minggu, lain lain cerita Melayu nyer.

Kalau minggu nie filem 'Ibu Mertuaku' (with P Ramlee), then minggu depan filem 'Bukan Salah Ibu Mengandung' (with the ever handsome Ed Osmera!). Oh Abg Ed! Wa heart you! Then, the following Friday, another one of my fav actor plak keluar tv, abg Jins Samsuddin! Oh Abg Jins, wa double heart you! My fav movie of him was Jeffrey Zain (ala ala James Bond malaya masa tuh! kalah Daniel Craig!). Chomei nyer abg Jins masa muda muda. My favorite heroin pulak was Latifah Omar, dengan tahi lalat manis di bibir nyer itew. Tergoda mak tengok! Another heroin yang i so love was Zaitun. Somehow I am not really a big fan of Sarimah, though her beauty is so flawless. Kadang-kadang tv pun tunjuk lots of filem komedi like Keluarga Si Comot (with Ibrahim Pendek, another one of my all time fav comedy), or some Indonesian movies with Benjamin S. Lawak bangat dong!

So, now that I am here living in the States, I still have that kinda same feeling each Friday night. Though tv kat sini tak tunjuk filem filem Melayu, i make it a point to watch some ole goodies on youtube, especially movie-movie P Ramlee. Somehow I do not want that feeling of "tak sabar nak tengok filem Melayu" disappear. I want to cherish that feeling i had when I was in my younger days.

So, tonight I am gonna watch an ole movie called Tuan Badul (with AR Badul). Time for some gelak ketawa! Syok nyer kalu ada keropok lekor di cicah bersama sambal pedas with ayaq tebu! Sib baik ada kerepek pedas yang kak Joyah Vegas made for me from Vegas! Boleh minum ngan teh o! Thank you kak JV! Wa heart you too!

With Love,
Mrs. B
A'salam,selamat pagi,tghari,dan malam kepada pembaca budiman,sekrg ni pukul 5.37 pagi waktu Vegas,its summer and cuaca panas gila, its triple digits,  tempreture,matahari terbit pukul 4.50 pagi ,biasanya pukul 5 pagi mata saya dah celik,pokok2 nak kena jirus pepagi buta ni,kalau tak kelayuanler dia org, for the next 3 months, cuaca akan sentiasa panas terik di Vegas ni, kalau kita keluar 5 minit masa tgh hari, lemah longlai badan, tak lama lagi puasa,kena prepare mentally and physically,its a long hrs of fasting my frens,but we have to do what we have to do as a muslim kan? kalau kaum lelaki keluar waktu panas terik ni, saya rasa telor dia org tu jadi half boil egg kot.anyway, having said all that,hari ini dan seterus2 nya saya akak berceloteh whenever saya ada masa dan mood.kalau saya tak sempat, kekawan yg dua ekor tu lagi akan ambik gilirin,kalau tak saya hampok nanti kat dia org, main2 ngn saya.jgn semua hot2 chiken shit dah ler!!.Saya ni tgh nak mecari punat mcmana nak post gambor dlm blog ni,mata dah kesep, past tu simbol2 dia org bukan nya saya reti,nak mintak tolong anak2 memasing masih membuta, mualaf belum balik dari outstation,nampak gaya saya kena belajor meraba technically. Elok juga yer, bukan senang nak meraba, tersala raba lain pulak jadinya.bila dah tau mcmana nak post gambor nanti,banyakler ler gambo yg saya tempek nanti. A'salam frens!

Thursday, June 28, 2012

A'salam to all,

Welcome to my blog, From Rubber Estates to the United State.. its June 28, 2012.bersama2 dgn anak teruna Kedah yg saya kenal sejak tahun 2000, K.A Junos dan Marina Batchelor yg kenal melalui FB sejak tahun lepas,a kan mula berceloteh sedikit kisah2 masa silam kami di blog ini. Inilah pertama kali memblog, kalau ada salah silap, harap maafkan. Untuk hari ini kami tak berceloteh banyak sebab baru kehilangan sahabat lama - Arwah Norizan Abdulah yg meninggal semlm akibat sakit kanser. Untuk menghormati permergian arwah mari lah kita sesama bersedekah Al-fatihah untuk Norizan. Arwah seorang ibu muda yang baru berumur 35 tahun, suami org putih, meninggalkan 2 anak lelaki yg berumur 5 dan 2 tahun. Arwah berasal dari Batu Pahat, duduk di US dah lama dari zaman universiti lagi. Masa saya duduk di Delaware dulu, arwah selalu ler juga dtg bergathering di rumah. Baik orgnya,tak banyak cakap,dan tak eksen. Al-fatihah Izan,semuga dirimu tenang disana! ~ by Joyah Vegas
Welcome to From Estates To The United States (FETTUS) Blog Spot. We are not talking about baby fetus here, but we will tell you the stories of us - 3 immigrants from Malaysia who came from a small village in Peninsular Malaysia, and pursuing our dreams of becoming successful entrepreneurs in the United States. 
We are :

     Joyah Vegas - from Muar, Johor
     K.A Junos - from Jitra, Kedah 
     Marina Batchelor - from Ipoh, Perak
    

Please subscribe to our blog to hear our stories and to share our thoughts about the living and lifestyle in the U.S.A.